Change #2

Assalamualaikum. Hi

Bila aku berubah untuk lebih dekat pada Allah swt. Aku rasa sangat tenang dan aku dapat rasakan perbezaan dia. Tapi bila aku rebah, aku macam tak mampu nak bangun balik dan aku rindu perasaan bila mana aku dekat dengan Dia. Rindu yang sehinggakan memanggil-manggil untuk aku bangkit semula. Tapi aku tetap bagi alasan untuk bangkit. Kejaplah. Nantilah. Macam². Sungguh aku benci keadaan bila aku bermalasan. Allah swt dah tiupkan niat dalam hati aku untuk aku kembali beribadah kepadaNya. Aku tetap beralasan.

Betul. Bila kau dah buat maksiat. Kau akan susah nak tinggalkan. Dan kau akan rasa berjauhan dengan Pencipta yang satu itu. Ya. Itu aku rasa.

Perit beb. Aku rasa benci dan takut. Aku benci bila aku berkelakuan macam ni. Dan aku takut bila ada kemungkinan aku tak mampu bangkit balik.

Manis bila berubah dan pahit bila berhenti.

Semoga aku terus mencari alasan untuk terus bangkit. Bukan lagi untuk terus mengatakan aku tidak mampu untuk bangkit balik.

Fighting.

Adios

Short #1


"Kau pernah terfikir nak hidup macam dulu?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Ia menyakitkan."
"Tak ada angin tak ada ribut. Kau kenapa tiba² berubah?"
"Dah tiba masanya untuk aku move on dari kehidupan yang jahil."
"..."
"Aku takut. Takut aku buat dosa yang sama jika aku tak mengubah aku yang sekarang. Ia perit untuk cuba ubati dan aku penat hendak menangis kerana menahan sakit dengan dosa yang aku buat."

mohon pinjam gambar, pakcik sehun

Adios

Kenapa berpurdah?

Assalamualaikum. Hi

Aku saja buat post ni memandangkan ramai bertanya aku kenapa aku pilih untuk tiba² berpurdah secara mendadak. kalau orang tanya, aku tak perlu jelas panjang lebar sampai tak cukup space nak menulis. cukuplah sekadar bagi link blog ni dan berharap supaya dorang boleh hadam serta faham. in shaa Allah. hehe.

So. baca bawah ni. jangan lupa baca bismillah dulu.

"Kenapa tiba² kau berpurdah ni?"

Jawapan aku:

orang berpurdah ni ada macam² sebab kenapa dorang memilih untuk pakai tutup muka jadi ninja, kononnya. tapi tetap tujuannya satu iaitu nak kejar cinta yang satu. cinta manusia ke? bukan. tapi cinta Allah swt.

begitu juga aku.

kenapa aku pilih untuk berpurdah. ada beberapa sebabnya selain di atas:

1. Tak nak menganggungkan kecantikan

Bagi siapa yang mengenali diri aku yang dahulu, mereka tahu betapa aku sukakan alat solek sehinggakan sanggup berhabisan duit beli benda tu semua especially lipstick. pantang nampak lipstick cantik. kaut. lepas tu, make up cantik² macam artis korea. ambil gambar. muka seksi² (ini hiperbola sikit). upload dekat instagram. punyalah tak senonoh. paling tak tahan, tunggu dan mengira berapa like dapat dalam satu hari. subhaanaAllah. zaman baru nak up. tapi aku sedar, kecantikan seorang hawa itu tak perlu ditunjuk² pada orang untuk mendapatkan pujian. lagi pula, pujian boleh butakan hati seseorang. boleh jado riak. boleh jadi bongkak. macam²lah. kecantikan hanya pinjaman yang boleh ditarik balik sebagai satu ujian. tambahan lagi, buat apa nak cantik² untuk tarik perhatian ajnabi sedangkan Allah swt sendiri dah cakap kaum hawa itu memang dah cantik. lagi satu, hawa ni dicipta dengan sifat segan dan malu. jadi aku pakai purdah untuk meningkatkan rasa segan dan malu dalam diri aku dan berhenti untuk menganggungkan kecantikan yang tak kekal lama.

2. Untuk lebih mengenali siapa diri aku.

Maksud aku di sini adalah untuk mengenali diri aku ni bukan siapa² tapi hanyalah seorang hamba yang lemah dan jahil. bila aku pakai purdah, rasa sedih kadang² mencuit rasa di kalbu (ayat fiksyen). aku rasa kerdil betul dekat dunia ni. dulu rasa macam hebat tapi lepas tu, sedih tak pepasal. bila aku dah mula untuk mengenali diri aku, aku mula rasa untuk terus istiqamah. perasaan yang datang semua natural. rasa itu milik Allah swt, kan. Allah pinjamkan nikmat rasa tu untuk aku belajar.

3. Dapat selamatkan pandangan orang lain daripada melakukan dosa

Bila berpurdah, cantik itu juga terlindung. maka dengan itu, ajnabi yang memandang pun tidak akan terlalu tertarik dan dapat menjaga pandangan. dosa pun tak dilakukan. cuma aku berharap supaya kaum adam tak terlalu memandang kaum hawa yang berpurdah macam... aku tak tahu nak cakap macam mana.. tapi kau faham, tak?

4. Simpan cantik untuk suami.

ini langsung tak sweet tapi kalau bakal suami aku kata sweet nanti itu dia punya pasallah. hahaha.

5. Aku nak berubah jadi baik.

Bila berpurdah, aku tahu kedudukan aku. maka dengan itu, aku perlulah berubah jadi baik. lagi pula orang yang berpurdah ini memang dipandang dan dianggap sebagai contoh kepada kaum hawa yang lain. tapi part ni, it depends on people. banyak cara untuk berubah jadi baik. tapi ini cara aku. jangan menghukum aku. tu pandangan jelek itu, come on. don't do that.

6. Aku memang dah lama nak pakai

7. Aku suka dan aku tak rancang untuk buka. since aku masih belajar, aku terpaksa ikut peraturan dan untuk beberapa sebab yang memaksa aku buka. aku terpaksa akur.

8. Perasaan nak menambahkan ilmu agama itu bertambah

ini beberapa sebab kenapa aku pakai purdah. jangan menghukum aku. lain orang lain sebab. jadi aku minta diri. mungkin post ni akan berlaku perubahan mengikut waktunya.

sesungguhnya kekurangan milik aku sebagai hambaNya dan baik itu datang dari Allah swt.

Adios

Change #1

Assalamualaikum. hi

berubah dan perubahan.

semua orang tahu untuk melakukan perubahan itu bukan suatu perkara yang mudah. lagi-lagi nak berubah ke arah kebaikan. susahnya itu hanya Allah swt yang tahu. nak kumpul semangat dan kudrat untuk berubah itu ada kalanya makan masa. perubahan yang memerlukan banyak usaha. bila dah dapat berubah, syukur itu tak terkira dan tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. dengan berbekalkan usaha, semangat dan doa untuk berharap supaya mampu terus istiqamah di jalan yang betul.

tup tup tup

orang judge. judge bukan yang biasa-biasa yang boleh senang-senang tepis. tapi jenis judge yang kalau masuk lubuk hati memang perit boleh jadi lagi perit daripada putus cinta (itu hiperbola je). mood yang ok pun terus down. rasa diri tak layak nak terus kejar cinta ilahi dan syurga, kan?

ambil nasihat ini.

perubahan ke arah kebaikan itu banyak ujiannya yang Allah swt turunkan pada sesiapa yang ingin berubah. salah satu ujian itu adalah dengan menghantar hamba-hambaNya untu menguji hati dan iman kita. jika kita lakukan kerana Allah swt, in shaa Allah kita tidak akan terlalu terasa sangat dengan kata-kata orang tentang perubahan kita. jika ujian itu terlalu berat bagi kita. ingat, doa itu senjata bagi orang mukmin. maka, angkatlah tangan. minta pada Allah swt untuk tabahkan hati kita dan terus kuat untuk mengejar cintaNya. jangan malas dan sombong. kita tak mempunyai apa-apa. segalanya milik Dia. dekat dunia, tak ada yang senang. ingat, dunia ini syurga untuk orang kafir. akhirat itu syurga bagi mukmin. jangan terus berputus asa. teruskan niat yang baik itu. teruskan jadi kuat untuk masa hadapan. tabahkan hati. semoga usaha kita itu membuahkan hasil yang cantik di hari kelak, in shaa Allah.

bagi yang suka mempertikaikan perubahan seseorang ke arah kebaikan.

jadikan mereka itu sebagai cerminan diri kita yang jahil ini. apakah kita ingin terus menghukum perubahan seseorang sedangkan diri kita sendiri banyak calarnya? janganlah. kerja menghukum ini bukan tugas kita tapi Dia yang satu itu. jika tak mampu berubah. doakan yang baik-baik untuk mereka yang sedang berusaha nak jadi baik dan diri kita yang sering melakukan dosa ini untuk dibukakan hati untuk berubah sama. hargailah dan hormatilah perubahan orang. apakah kita ini sudah cuku sempurna untuk tidak melakukan perubahan yang baik-baik? apakah sudah terjaminnya syurga itu tempat kita di hari akan datang?

semoga post ini memberi manfaat kepada yang membaca. kekurangan itu datangnya dari diri yang tidak sempurna ini dan baik itu dari Allah swt. ini pinjaman. maka, aku kongsikan untuk kebaikan kita bersama. maafkan kesalahan aku.

Assalamualaikum😊

Untitled #1

Assalamualaikum. Hi

Aku rindu zaman aku rajin edit blog, tulis fiksyen, edit gambar dan etc. Betapa banyak masa aku sanggup luangkan semata-mata untuk itu semua. Tak tidur malam pun tak apa. Asalkan aku buat apa yang aku suka dan aku puas hati dengan hasilnya. Tapi sekarang aku rasa masa macam dah tak cukup. Ya, masa tetap 24 jam. Tapi life aku yang buat aku rasa macam masa berjalan terlalu cepat sampai tak sedar hari dah bertukar. Mungkin aku dah mula nampak mana future aku pergi. Mungkin.

I'm pushing twenty. Cita-cita pun aku tak ada lagi. Ingat nak jadi housewife je. haha. Merepek. Dengan keadaan dunia sekarang, apa je aku dapat kalau housewife is my only job. Aku ingat nak jadi psikologi. Tapi parents aku cakap aku merepek sebab aku jenis payah nak dekat dengan orang. Awkward dan aku prefer diamkan diri. Kerja nursery jaga budak-budak. Mak aku cakap aku bukan penyabar. Takut-takut anak orang jadi punching bag. Payah kalau 'famous' masuk berita sebab kes child abuse. Writer pula, mak aku sokong tapi itu patut jadi side job. Kalau nak tambah pendapatan bolehlah. Director atau scriptwriter, aku selalu berangan nak buat satu cerita hasil tangan sendiri yang lain daripada yang lain. Not a typical one like those malay dramas. Tapi, mass com bukan bidang aku minat.

Cita-cita aku masih hanging. Well, let's see where my future leads me while i'm struggling to get good grades.

Bye.

Hanaphobia

Assalamualaikum. Hi.

Aku mengambil kesempatan yang aku ada sekarang ini untuk kembali menulis blog. Dah lama aku nak mulakan tapi biasalah ada je masalah aku. Busy as a student, perhaps. Tak menyempat. Lagi pula aku tak ada apa yang nak dikongsikan. Aku stop menulis blog masa Form 3. It was 3 years ago. Lama juga. Jadi sekarang, hm, to make this post short, aku harap aku tak sia-siakan blog baru ni macam mana aku 'buang' blog aku yang dulu. huhu.