Kenapa berpurdah?

Assalamualaikum. Hi

Aku saja buat post ni memandangkan ramai bertanya aku kenapa aku pilih untuk tiba² berpurdah secara mendadak. kalau orang tanya, aku tak perlu jelas panjang lebar sampai tak cukup space nak menulis. cukuplah sekadar bagi link blog ni dan berharap supaya dorang boleh hadam serta faham. in shaa Allah. hehe.

So. baca bawah ni. jangan lupa baca bismillah dulu.

"Kenapa tiba² kau berpurdah ni?"

Jawapan aku:

orang berpurdah ni ada macam² sebab kenapa dorang memilih untuk pakai tutup muka jadi ninja, kononnya. tapi tetap tujuannya satu iaitu nak kejar cinta yang satu. cinta manusia ke? bukan. tapi cinta Allah swt.

begitu juga aku.

kenapa aku pilih untuk berpurdah. ada beberapa sebabnya selain di atas:

1. Tak nak menganggungkan kecantikan

Bagi siapa yang mengenali diri aku yang dahulu, mereka tahu betapa aku sukakan alat solek sehinggakan sanggup berhabisan duit beli benda tu semua especially lipstick. pantang nampak lipstick cantik. kaut. lepas tu, make up cantik² macam artis korea. ambil gambar. muka seksi² (ini hiperbola sikit). upload dekat instagram. punyalah tak senonoh. paling tak tahan, tunggu dan mengira berapa like dapat dalam satu hari. subhaanaAllah. zaman baru nak up. tapi aku sedar, kecantikan seorang hawa itu tak perlu ditunjuk² pada orang untuk mendapatkan pujian. lagi pula, pujian boleh butakan hati seseorang. boleh jado riak. boleh jadi bongkak. macam²lah. kecantikan hanya pinjaman yang boleh ditarik balik sebagai satu ujian. tambahan lagi, buat apa nak cantik² untuk tarik perhatian ajnabi sedangkan Allah swt sendiri dah cakap kaum hawa itu memang dah cantik. lagi satu, hawa ni dicipta dengan sifat segan dan malu. jadi aku pakai purdah untuk meningkatkan rasa segan dan malu dalam diri aku dan berhenti untuk menganggungkan kecantikan yang tak kekal lama.

2. Untuk lebih mengenali siapa diri aku.

Maksud aku di sini adalah untuk mengenali diri aku ni bukan siapa² tapi hanyalah seorang hamba yang lemah dan jahil. bila aku pakai purdah, rasa sedih kadang² mencuit rasa di kalbu (ayat fiksyen). aku rasa kerdil betul dekat dunia ni. dulu rasa macam hebat tapi lepas tu, sedih tak pepasal. bila aku dah mula untuk mengenali diri aku, aku mula rasa untuk terus istiqamah. perasaan yang datang semua natural. rasa itu milik Allah swt, kan. Allah pinjamkan nikmat rasa tu untuk aku belajar.

3. Dapat selamatkan pandangan orang lain daripada melakukan dosa

Bila berpurdah, cantik itu juga terlindung. maka dengan itu, ajnabi yang memandang pun tidak akan terlalu tertarik dan dapat menjaga pandangan. dosa pun tak dilakukan. cuma aku berharap supaya kaum adam tak terlalu memandang kaum hawa yang berpurdah macam... aku tak tahu nak cakap macam mana.. tapi kau faham, tak?

4. Simpan cantik untuk suami.

ini langsung tak sweet tapi kalau bakal suami aku kata sweet nanti itu dia punya pasallah. hahaha.

5. Aku nak berubah jadi baik.

Bila berpurdah, aku tahu kedudukan aku. maka dengan itu, aku perlulah berubah jadi baik. lagi pula orang yang berpurdah ini memang dipandang dan dianggap sebagai contoh kepada kaum hawa yang lain. tapi part ni, it depends on people. banyak cara untuk berubah jadi baik. tapi ini cara aku. jangan menghukum aku. tu pandangan jelek itu, come on. don't do that.

6. Aku memang dah lama nak pakai

7. Aku suka dan aku tak rancang untuk buka. since aku masih belajar, aku terpaksa ikut peraturan dan untuk beberapa sebab yang memaksa aku buka. aku terpaksa akur.

8. Perasaan nak menambahkan ilmu agama itu bertambah

ini beberapa sebab kenapa aku pakai purdah. jangan menghukum aku. lain orang lain sebab. jadi aku minta diri. mungkin post ni akan berlaku perubahan mengikut waktunya.

sesungguhnya kekurangan milik aku sebagai hambaNya dan baik itu datang dari Allah swt.

Adios

No comments:

Post a Comment