Change #1

Assalamualaikum. hi

berubah dan perubahan.

semua orang tahu untuk melakukan perubahan itu bukan suatu perkara yang mudah. lagi-lagi nak berubah ke arah kebaikan. susahnya itu hanya Allah swt yang tahu. nak kumpul semangat dan kudrat untuk berubah itu ada kalanya makan masa. perubahan yang memerlukan banyak usaha. bila dah dapat berubah, syukur itu tak terkira dan tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. dengan berbekalkan usaha, semangat dan doa untuk berharap supaya mampu terus istiqamah di jalan yang betul.

tup tup tup

orang judge. judge bukan yang biasa-biasa yang boleh senang-senang tepis. tapi jenis judge yang kalau masuk lubuk hati memang perit boleh jadi lagi perit daripada putus cinta (itu hiperbola je). mood yang ok pun terus down. rasa diri tak layak nak terus kejar cinta ilahi dan syurga, kan?

ambil nasihat ini.

perubahan ke arah kebaikan itu banyak ujiannya yang Allah swt turunkan pada sesiapa yang ingin berubah. salah satu ujian itu adalah dengan menghantar hamba-hambaNya untu menguji hati dan iman kita. jika kita lakukan kerana Allah swt, in shaa Allah kita tidak akan terlalu terasa sangat dengan kata-kata orang tentang perubahan kita. jika ujian itu terlalu berat bagi kita. ingat, doa itu senjata bagi orang mukmin. maka, angkatlah tangan. minta pada Allah swt untuk tabahkan hati kita dan terus kuat untuk mengejar cintaNya. jangan malas dan sombong. kita tak mempunyai apa-apa. segalanya milik Dia. dekat dunia, tak ada yang senang. ingat, dunia ini syurga untuk orang kafir. akhirat itu syurga bagi mukmin. jangan terus berputus asa. teruskan niat yang baik itu. teruskan jadi kuat untuk masa hadapan. tabahkan hati. semoga usaha kita itu membuahkan hasil yang cantik di hari kelak, in shaa Allah.

bagi yang suka mempertikaikan perubahan seseorang ke arah kebaikan.

jadikan mereka itu sebagai cerminan diri kita yang jahil ini. apakah kita ingin terus menghukum perubahan seseorang sedangkan diri kita sendiri banyak calarnya? janganlah. kerja menghukum ini bukan tugas kita tapi Dia yang satu itu. jika tak mampu berubah. doakan yang baik-baik untuk mereka yang sedang berusaha nak jadi baik dan diri kita yang sering melakukan dosa ini untuk dibukakan hati untuk berubah sama. hargailah dan hormatilah perubahan orang. apakah kita ini sudah cuku sempurna untuk tidak melakukan perubahan yang baik-baik? apakah sudah terjaminnya syurga itu tempat kita di hari akan datang?

semoga post ini memberi manfaat kepada yang membaca. kekurangan itu datangnya dari diri yang tidak sempurna ini dan baik itu dari Allah swt. ini pinjaman. maka, aku kongsikan untuk kebaikan kita bersama. maafkan kesalahan aku.

Assalamualaikum😊

No comments:

Post a Comment